Breaking News
Home » Info Sukan » Preview Everton vs Manchester United 20 Ogos 2012

Preview Everton vs Manchester United 20 Ogos 2012

Preview Everton vs Manchester United 20 Ogos 2012 – Perlawanan yang pasti dinanti oleh peminat bolasepak terutama peminat Man Utd. Perlawanan Everton vs Manchester United bakal dilangsungkan di gelanggang Everton iaitu Goodison Park. Salah satu tarikan kali ini mungkin menantikan kemunculan Robin Van Persie selaku penyerang Man Utd yang bakal berganding dengan Wayne Rooney. Turut menarik perhatian dalam pasukan Man Utd adalah kemunculan pemain dari Jepun , Shinji Kagawa yang baru dibeli dari Borussia Dortmund. 


Siapa yang bakal diturunkan oleh Sir Alex Ferguson ? Penjaga gol mempunyai dua pilihan iaitu antara  Lindegaard atau De Gea. Manakala di barisan pertahanan sudah pasti akan dikemudi oleh kapten mereka Vidic yang sudah pulih dari kecederaan. Turut ada dalam senarai adalah Rio Ferdinand , Evra , Rafael dan Michael Keane . Barisan tengah mereka mempunyai Shinji Kagawa , Cleverley. Scholes, Giggs, Carrick dan Anderson. Sayap kiri pasti milik Nani manakala Valencia or Young akan menjadi pilihan di sayap kanan. Empat pilihan pemain di bahagian serangan iaitu Welbeck ,Hernandez ,Rooney dan Van Persie.


Everton pula pasti akan menurunkan kesebelasan utama mereka seperti Howard, Mucha, Hibbert, Jagielka, Distin, Baines, Naismith, Fellaini, Gibson, Pienaar, Osman, Jelavic, Marallas, Neville, Gueye, Barkley, Vellios, Anichabe dan Junior.



Berikut adalah 5 rekod pertemuan terbaru antara Everton dan Manchester United.

Everton vs Manchester  United 3-1 ( 20-02-2010 )
Everton vs Manchester United 3-3  ( 11-09-2010 )
Manchester United vs Everton 1-0  ( 23-04-2011 )
Everton vs Manchester United 0-1  ( 29-10-2011 )
Manchester United vs Everton 4-4  ( 22-04-2012 )

Shinji Kagawa pemain tengah yang mampu memberi
impak kepada Man Utd.
Steven Pienaar antara pemain bintang Everton 



Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *