Breaking News
Home » Info Sukan » Preview Bayern Munich vs Real Madrid Champions League Semi Final

Preview Bayern Munich vs Real Madrid Champions League Semi Final

Preview Bayern Munich vs Real Madrid Champions League Semi Final | Separuh Akhir Kedua Liga Juara Juara Eropah 29 April 2014 – Juara Bundesliga dan juara bertahan musim lalu bakal menanti kehadiran gergasi La Liga Real Madrid di Allianz Arena dalam saingan separuh akhir kedua. Real membawa bekal kelebihan satu gol hasil kemenangan di Santiago Bernabue. 

Rekod Bayern sebelum ini dalam saingan separuh akhir Champions League keatas pasukan dari Sepanyol sangat baik. Musim lalu mereka mengatasi Barcelona yang pada masa itu diuruskan oleh pengurus mereka sekarang Pep Guardiola. Sebelumnya itu mereka juga mengatasi Real Madrid. Namun laluan musim ini agak sukar dengan prestasi semasa Real Madrid dalam liga domestik agak menyakinkan.

Apa yang paling pasti , Bayern perlu menang ditempat sendiri untuk memastikan mereka mampu melangkah ke akhir dan mempertahankan kejuaraan mereka. Mengikut rekod dalam suku akhir ketika bertemu Man Utd , persembahan Bayern agak goyah , namun kali ini mereka bakal berdepan dengan pasukan yang lebih baik dari Man Utd iaitu Real Madrid. Real Madrid pula sudah pasti akan menurunkan barisan terkuat mereka dan keputusan seri sudah memadai. 

BARISAN KEMUNGKINAN
Real Madrid (4-3-3)Iker Casillas; Marcelo, Sergio Ramos, Pepe, Dani Carvajal; Ángel di María, Xabi Alonso, Luka Modrić; Cristiano Ronaldo, Karim Benzema, Gareth Bale.
Bayern Munich (4-1-4-1): Manuel Neuer; David Alaba, Dante, Jerome Boateng, Philipp Lahm; Javi Martínez; Franck Ribéry, Bastian Schweinsteiger, Toni Kroos, Arjen Robben; Mario Mandžukić.

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *