Breaking News
Home » Info Sukan » Preview Atletico Madrid vs Chelsea UEFA Champions League

Preview Atletico Madrid vs Chelsea UEFA Champions League

Preview Atletico Madrid vs Chelsea Semi Final UEFA Champions League | Separuh Akhir Liga Juara Juara Atletico Madrid vs Chelsea 22 April 2014 – Awal pagi ini waktu Malaysia akan berlangsung perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara Juara Eropah antara Atletico vs Chelsea. Chelsea akan berdepan penyokong Atletico Madrid di Stadium Vicente Calderon.
Chelsea yang tewas kepada Sunderland dalam saingan EPL hujung minggu lalu harus bangkit untuk cuba membenam Atletico Madrid untuk memberi laluan mudah ditempat sendiri. Namun perkara ini bukan mudah kerana Atletico Madrid kini berada dalam prestasi terbaik mereka dalam La Liga sebagai pendahulu.
Atletico Madrid bakal memberi ancaman berdasarkan jaringan yang agak banyak melalui penyerang mereka terutama Diego Costa manakala penyerang Chelsea agak tumpul kalau diukur dari segi jaringan liga domestik mereka.
Apa yang menarik dalam perlawanan ini , Fernando Torres bakal kembali semula ke stadium kelab lamanya dimana dia mula mencipta nama. El Nino merupakan gelarannya ketika bersama Atletico. Apa yang diharapkan Torres akan kembali menemui sentuhan asalnya dahulu apabila kembali bermain di stadium Vicente Calderon.’

JADUAL PENUH SEPARUH AKHIR LIGA JUARA JUARA | JADUAL SEMI FINAL CHAMPIONS LEAGUE 

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *