Menu Tutup

Prebet Lapok | Teruja Jap

Rumah dah tutup…dah selesai rumah terbuka hari ini.Dah boleh golek-golek layan blog..kah kah..blog apakah yang tergolek-golek itu?..ahh abaikan..merepek lagi.

Petang tadi orang tengah melantak makan aku melepak depan TV sebab terlayan filem lama lakonan AR Badul..cerita Prebet Lapok..Walaupun cerita ni ada selit-selit humor tapi dia punya tiupan semangat memang dalam beb..bagi yang menghayatilah sejarah perjuangan tentera kita dulu.Sebab aku ni bukan boleh tengok cerita-cerita tentang perjuangan tentera ni..terasa macam aku ada sama masa tu..serius..terasa macam turut sama berjuang menentang komunis dulu.

Aku ni lahir lepas negara ni dah aman walaupun sekarang tengah perang politikus yang menyakitkan mata dan telinga..namun aku lebih sayangkan perjuangan dulu.Kalau kita asyik buat hal je..maka sia-sialah darah yang tumpah dulu..kaki yang kudung kerana jerangkap samar..eh..cuba bayangkan..tapi betul ke komunis tu wira? hehe..

12 Comments

  1. josrevalution

    engko ni kiz asyik merepek je ye..haha..er..adsniaga ni cam samar2 je..tu merepek jugak ke?..aku sepak lah..cek yer..haha..kita ni dah tamak iklan..kalo lepas habi bulan ni masih x cash out ntah lah.,..haha..

  2. Khairil

    sedih bila ada pihak yang suka2 demi kepentingan politik nak mengagungkan pengkhianat negara sebagai wira…memang ada tujuan tersembunyi utk mengeluarkan kenyataan sebegitu…patut dia tu hantar saja ke somalia bagi dia rasa mcmana keadaan kalau negara tak aman…

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *