Home » Info Sukan » Pre Order Jersi Steven Gerrard

Pre Order Jersi Steven Gerrard

Pre Order Jersi Steven Gerrard. Seperti semua sedia maklum, pemain tengah Liverpool dan England yang juga boleh dianggap lagenda EPL bakal meninggalkan Liverpool untuk bermain dalam MSL. Steven Gerrard bakal beraksi bersama kelab LA Galaxy. Untuk rekod, David Beckham pernah bermain bersama kelab ini selama 5 tahun.

Kontrak Gerrard bersama Liverpool yang akan tamat pada penghujung musim ini tidak disambung semula oleh bekas juara Eropah itu. Dia telah menandatangani kontrak bersama LA Galaxy selama tiga tahun. Untuk langkah awal dalam memperkenalkan pemain itu, LA Galaxy telah mengumumkan bahawa jersi Steven Gerrard yang akan digunakan ketika bersama kelab itu telah boleh ditempah atau dibeli oleh penyokong dan peminat pemain itu.

Jersi baru itu nanti akan dijual pada harga runcit £134 (AS$204.99) sehelai untuk lengan panjang dan £114 (AS$174.99) untuk berlengan pendek.Gerrard dijangka memakai jersi tersebut buat pertama kalinya dalam perlawanan menentang San Jose Earthquakes pada 17 Julai 2015.

The LA Galaxy announced today that midfielder Steven Gerrard will wear the No. 8 jersey when the midfielder is scheduled to join the club in July. Fans can now pre-order the Designated Player’s LA Galaxy jersey at www.teamlastore.com.

Diatas adalah petikan yang diambil dari laman web kelab LA Galaxy tentang pengumumkan pre order jersey no 8 Steven Gerrard.

Steven gerrard LA Galaxy jersey
Steven gerrard LA Galaxy jersey

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *