Breaking News
Home » Berita » Pos Malaysia Keluarkan 13 Koleksi Setem Tahun 2012

Pos Malaysia Keluarkan 13 Koleksi Setem Tahun 2012

Koleksi Setem Pos Malaysia 2012 – Pos Malaysia dijangka mengeluarkan 13 koleksi setem istimewa pelbagai tema sepanjang tahun 2012.Pos Malaysia dijangka mengeluarkan sebanyak 13 koleksi setem pada tahun ini, antaranya koleksi Persidangan Gas Sedunia 2012 dan Definitif Siri Negara, berbanding sebanyak 14 koleksi setem yang dihasilkan pada tahun 2011.Koleksi pertama setem dan filateli yang akan dikeluarkan bermula Khamis 12 Januari 2012 ialah koleksi setem bertemakan warisan tenun yang memaparkan lima jenis warisan tenunan iaitu Songket, Kain Cindai, Sutera Cina, Pua Kumbu dan Rangkit.
Setiap denominasi setem berukuran 35mm x 45mm yang dicetak di atas kertas tera ais bersalut fosfor dijual 60 sen setiap satu, manakala sampul surat hari pertama berharga 50 sen yang dicetak sebanyak 30,000 unit boleh dibeli di pejabat-pejabat Pos di seluruh Malaysia pada 12 Januari ini.

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

One comment

  1. Original CikTeddy

    hee..x sbar nk tngok ^^

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *