Breaking News
Home » Pelancongan » Port Dickson Destinasi Percutian Menarik

Port Dickson Destinasi Percutian Menarik

Port Dickson Destinasi Percutian Menarik. Penat berkerja sepanjang tahun atau ingin menikmati suasana tepi pantai yang menarik, pastikan anda tidak melepaskan peluang bercuti ke Port Dickson , Negeri Sembilan. Sejak dahulu pantai ini sememangnya menjanjikan keseronokan untuk percutian keluarga.

port dickson
Port Dickson Sesuai Untuk Percutian Keluarga Dihujung Minggu

SEJARAH PORT DICKSON
Port Dickson telah dinamakan sempena nama seorang pegawai British, Sir John Frederik Dickson pada tahun 1889. Ada juga yang mengatakan bahawa tempat itu dinamakan sempena seorang pegawai lain British yang menyelia pelabuhan British yang mengendalikan bijih di Lukut, sebuah daerah Port Dickson pada ketika itu. Itu sejarah bagaimana ianya mendapat nama. Tapi bagi orang zaman sekarang, nama singakatan PD lebih sering digunakan.

TEMPAT MENARIK DI PORT DICKSON
Sebut Port Dickson apa yang pasti perkara pertama yang dibayangkan adalah pantai. terkenal dengan pantainya yang menarik, kemudahan yang mencukupi dan infrastruktur yang baik. Terdapat juga pelbagai jenis penginapan seperti hotel, resort, chalet dan homestay bagi mereka yang ingin bercuti di sini. Antara pantai yang terkenal di sini adalah Teluk Kemang dan Blue Lagoon. Terdapat juga infrastruktur untuk sukan air dan aktiviti pantai.

Selain dari pantai yang menarik, salah satu lagi tarikan yang perlu anda lawat adalah Muzium Tentera. Alami sendiri pengalaman Pepper Ghost, yang pertama seumpamanya di Malaysia dan suasana malam di pelabuhan kubu Melaka serta terowong bawah tanah Parti Komunis Malaya.

sumber www.tourism.gov.my

Check Also

Siaran langsung Piala Malaysia 18 Julai 2017

Jadual Siaran Langsung Piala Malaysia 18 Julai 2017

Siaran Langsung Piala Malaysia 18 Julai 2017. Sainga TM Piala Malaysia kembali lagi dengan lapan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *