Breaking News
Home » Info Hiburan » Polis Evo Catat Kutipan RM17.3 Juta

Polis Evo Catat Kutipan RM17.3 Juta

Polis Evo Catat Kutipan RM17.3 Juta. Filem Polis Evo mencipta sejarah dunia filem Malaysia apabila berjaya mencatat kutipan tiket paling tinggi dalam sejarah. Kutipan sebanyak 17.3 juta ini dicapai menerusi tayangan selama 42 hari di 83 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.

Polis Evo
Polis Evo

Polis evo mula ditayangkan di pawagam pada 17 September 2015 yang mengisahkan Polis Evo dua anggota polis, Khai lakonan Shaheizy Sam dan Sani lakonan Zizan Razak yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza. Kejayaan filem ini membuktikan filem aksi memang mendapat tempat dihati peminat filem negara.

Untuk info, pihak Astro Show selaku penerbit Polis Evo akan menerbitkan beberapa filem lagi yang akan ditayangkan sepanjang 2016. Antara filem itu adalah Langit Cinta, OlaBola, Aliff Dalam 7 Dimensi, Dukun Doktor Dani dan Hantu Rumah Sakit Jiwa.

Tahniah kepada seluruh warga kerja yang terlibat dalam pembikinan Polis Evo.

Check Also

sinopsis Filem Ola Bola

Sinopsis Filem Ola Bola

Sinopsis Filem Ola Bola. Sesuatu yang menarik untuk disaksikan oleh peminat bolasepak sejati. Ola Bola bertemakan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *