Breaking News
Home » Berita » Poligami Punya Hal Sanggup Curi Cap Jari

Poligami Punya Hal Sanggup Curi Cap Jari

Curi cap jari isteri untuk poligami – Seorang suami berusia 55 tahun sanggup mencuri cap ibu jari tangan isterinya yang sedang tidur dalam usahanya berkahwin dua.

Kejadian itu disedari isteri pertama lelaki itu pada malam Isnin lalu apabila rahsia suaminya berkahwin seorang lagi pecah.
Selepas didesak isteri pertamanya, lelaki itu memberitahu, dia sudah mendapatkan persetujuan isterinya itu bagi pengesahan pernikahan apabila si isteri menurunkan cap ibu jarinya pada satu borang khas.Isterinya berang kerana tidak pernah berbuat demikian lalu membuat laporan polis mendakwa suaminya mencuri cap jarinya ketika tidur tanpa kerelaannya, pada keesokan hari.Dikatakan, tujuan suaminya mencuri cap jari itu adalah bagi pengesahan pernikahan dengan isteri keduanya yang dilakukan di negara jiran.Wanita itu pula langsung tidak sedar kejadian tersebut, malah tidak perasan sama ada terdapat kesan pewarna hitam pada ibu jarinya.
Perkara ini masih disiasat oleh pihak berkuasa.

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *