Breaking News
Home » Berita » Pokemon Go Dilarang Untuk Orang Islam

Pokemon Go Dilarang Untuk Orang Islam

Pokemon Go Dilarang Untuk Orang Islam. Sebelum sampai ke Malaysia, permainan ini telah menjadi satu fenomena di negara lain. Namun telah pun boleh dimain secara rasmi pada 6 ogos 2016 di Malaysia. Sudah pasti bila sesuatu yang baru dan panas akan menjadi perhatian pemain game di Malaysia apa lagi telah sekian lama menanti kemunculannya.

Pokemon GO
Pokemon GO

Memetik satu artikel yang diterbitkan dalam laman Astro Awani, menurut Mufti Wilayah Persekutuan umat Islam tidak dibenarkan bermain Pokemon Go. Kenapa dilarang? Permainan ini dilarang atas faktor’maslahah’ dan kemudaratan. Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 1 Ogos 2016.

“Setelah meneliti pendapat para ulama dan fatwa yang dikeluarkan, kami berpendapat, fatwa yang dikemukakan ada asasnya dan perlu dijauhkan permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri jika permainan ini membawa kepada mudarat. Di samping itu, mengiyakan kuasa dan dewa tertentu yang mempunyai kuasa, dan ditambah boleh membawa kepada perjudian, maka kami berpendapat bahawa hujah yang dikemukakan tentang hukum bermain Pokemon sebagai haram, mempunyai asas yang kuat. Manakala Pokemon Go pula, berdasarkan kes-kes yang sudah berlaku seperti pengintipan pihak luar, pencerobohan ruang peribadi, faktor keselamatan seperti kemalangan, kelalaian dan sebagainya,” – Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri

Sementara itu hari ini melalui Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyokong keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 1 Ogos 2016 yang tidak membenarkan umat Islam melibatkan diri dengan aplikasi permainan Pokemon Go atas pelbagai faktor yang membawa kepada kemudaratan.

Jakim Pokemon Go
Kenyataan ketua Pengarah Jakim

Dalam pada itu Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan permainan Pokemon Go tidak akan dibenarkan di dalam kawasan sekolah di negara ini. Perkara itu selaras larangan terhadap pelajar membawa telefon pintar atau telefon bimbit ke sekolah yang dikuatkuasakan selama ini.

sumber Astro Awani

Check Also

keputusan Liga Perdana 21 julai

Keputusan Liga Perdana 21 Julai 2017

Keputusan Liga Perdana 21 Julai 2017. Saingan semakin ke penghujung dengan 6 perlawanan telah pun …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *