Breaking News
Home » Berita » PM Lancar Portal Aduan fortherakyat.com

PM Lancar Portal Aduan fortherakyat.com

PM Lancar Portal Aduan fortherakyat.com – Perdana Menteri hari ini melancarkan portal aduan fortherakyat.com . ForTheRakyat.Com merupakan satu lagi platform untuk orang ramai mengadu dan mengetengahkan permasalahan mereka.

Portal fortherakyat.com dikendalikan oleh Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda UMNO itu membolehkan masyarakat menyalurkan terus sebarang masalah seumpama itu, dan biro berkenaan akan menghubungi pengadu dan menjelaskan tentang langkah penyelesaian. Pengadu akan dihubungi melalui email apabila aduan telah diselesaikan. 

Aduan bersandarkan masalah komuniti berkaitan isu seperti kepenggunaan, perkhidmatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan, kewangan dan ekonomi boleh diajukan. Setiap aduan melalui proses semakan dan penyelesaian antara dua minggu hingga empat bulan, selain bergantung juga kepada proses di peringkat agensi kerajaan terlibat. Sejak mula beroperasi sebulan lalu, portal itu menerima 84 aduan orang ramai, 79 daripadanya berjaya diselesaikan.




BERNAMA

Check Also

7 perpindahan tertinggi pemain bolasepak dunia

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak. Dunia bolasepak sering dikejutkan dengan perpindahan yang mahal yang …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *