Breaking News
Home » Berita » PLUS Beri Rebat 30 Peratus Sempena Aidilfitri Dan Merdeka

PLUS Beri Rebat 30 Peratus Sempena Aidilfitri Dan Merdeka

Rebat 30 Peratus PLUS Sempena Aidilfitri Dan Hari Kemerdekaan – PLUS bakal memberi rebat 30 peratus kepada pengguna lebuhraya utara-selatan sempena aidilfitri dan sambutan kemerdekaan. Namun rebat ini hanya akan diberi kepada pengguna yang mengunakan pembayaran melalui sistem elektronik sahaja. Rebat tol itu akan diberikan kepada orang ramai pada 15, 16, 22, 23 dan 31 Ogos ini. Rebat tol tersebut diberikan kepada orang ramai yang menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch “n Go atau SmartTAG ketika membayar tol di lebuh raya kendalian PLUS.

Pemberian rebat ini merupakan satu langkah PLUS bagi menyemarakkan sambutan Hari Raya dan Hari Merdeka selain merupakan satu strategi PLUS untuk menggalakkan orang ramai beralih kepada sistem pembayaran secara elektronik yang lebih mudah dan pantas. 

Rebat berkenaan boleh dituntut di pusat khidmat pelanggan PLUS apabila pengguna menambah nilai kad elektronik mereka bermula 1 Okt hingga 31 Dis ini.

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *