Breaking News
Home » Info Sukan » Piala Thomas Akhir Preview Malaysia vs Jepun | Rekod Pertemuan Pemain

Piala Thomas Akhir Preview Malaysia vs Jepun | Rekod Pertemuan Pemain

Piala Thomas Akhir Malaysia vs Jepun Preview | Rekod Pertemuan Pemain | Head To Head | Player Ranking – Perlawanan akhir Piala Thomas 2014 yang akan berlangsung pada 25 Mei 2014 bakal menemukan dua pasukan dari Asia iaitu Malaysia vs Jepun. Berikut adalah rekod pertemuan pemain secara individu sepanjang kejohanan siri badminton sepanjang karier masing-masing. Perlawanan Malaysia vs Jepun akan bermula jam 5.30 petang waktu Malaysia ( GMT +8 )
Senarai perbandingan ini berdasarkan senarai rasmi pemain yang akan diturunkan dalam perlawanan akhir yang telah dikeluarkan oleh BWF. 
Lee Chong Wei vs Kenichi Tago
Rekod pertemuan 15 – 1
Ranking Dunia 1 – 4
Mengikut rekod semasa , Lee Chong Wei mempunyai kelebihan dari segi kemenangan keatas Kenichi Tago sepanjang pertemuan mereka dalam kejohanan badminton. Namun faktor usia pasti memihak kepada Kenichi Tago. Kali terakhir Lee Chong Wei bertemu Kenichi Tago adalah pada 11 Januari 2014 dalam Terbuka Korea dimana Lee Chong Wei menang 21-17 , 21-17. Kenichi Tago pernah menewaskan Lee Chong Wei sekali sepanjang pertemuan mereka iaitu pada Terbuka Perancis tahun 2012 dengan keputusan 21-17 , 16-21 , 12-21.

Tan Boon Heong  / Hoon Tien How vs Kenichi Hayakawa / Hiroyuki Endo
Rekod Pertemuan : tiada
Ranking dunia : tiada / 3

Pasangan Tan Boon Heong dan Hoon Tien How merupakan pasangan yang hanya digandingkan ketika Piala Thomas 2014. Jadi tiada sebarang rekod pertemuan mereka menentang pasangan bergu Jepun Kenichi Hayakawa dan Hiroyuki Endo. Pasangan Jepun ini merupakan pasangan bergu yang kini berada dalam ranking ke 3 dunia. Mereka pastinya menjadi pilihan untuk mengatasi pasangan Malaysia. Namun jika diukur mengikut prestasi ketika Piala Thomas 2014 , pasangan Malaysia ini mampu memberi saingan namun perlu berkerja keras untuk mengatasi antara bergu terbaik dunia ini. 

Chong Wei Feng vs Kento Momota
Rekod Pertemuan : 1-0
Ranking Dunia : 27 – 14

Rekod pertemuan terakhir memihak kepada Chong Wei Feng namun itu pada tahun 2012. Namun mengikut prestasi semasa dalam beberapa kejohanan badminton anjuran BWF , Kento Momota mempunyai rekod yang lebih baik berbanding Chong Wei Feng. Jika dinilai persembahan semasa kedua pemain dalam kejohanan Piala Thomas 2014 , peluang kedua dua pemain adalah setara untuk menyumbang mata. 

Goh V Shem / Tan Wee Kiong vs Keigo Sanoda / Takeshi Kamura
Rekod Pertemuan : 0-0
Ranking Dunia : 0 – 13

Pasangan Jepun Keigo Sanoda dan Takeshi Kamura merupakan bergu ranking 13 dalam senarai ranking BWF. Manakala pasangan Malaysia merupakan pasangan yang cuma digandingkan dalam Piala Thomas. Peluang kedua-dua pasangan adalah setara walaupun sedikit kelebihan kepada pasangan Jepun. Namun jika pasangan ini mampu menunjukan permainan yang baik seperti ketika perlawanan peringkat kumpulan dan suku akhir Piala Thomas , pasangan Jepun pasti menghadapi laluan sukar. 


Liew Darren vs Takuma Ueda
Rekod Pertemuan : 1-0
Ranking Dunia : 66 – 25

Liew Darren pernah menewaskan pemain ini sekali namun mengikut prestasi semasa, situasi pemain ini agak merisaukan andai kedudukan 2-2. Kerana persembahan Liew Daren dalam dua perlawanan peringkat kumpulan kurang memuaskan dimana tewas mudah dalam kedua-dua perlawanan. Pemain Jepun ini pula mempunyai prestasi yang konsisten sepanjang kariernya dalam badminton dunia. Tugas sukar untuk Liew Darren andai ini adalah perlawanan penentuan.
Ini cuma pemerhatian dari pertemuan dan rekod rekod terdahulu. Namun prestasi dihari perlawanan yang akan menentukan kemenangan. 
MALAYSIA BOLEH #ThomasCup4ALL

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *