Home » Info Sukan » Piala Sumbangsih Sultan Haji Ahmad Shah

Piala Sumbangsih Sultan Haji Ahmad Shah

Piala Sumbangsih Sultan Haji Ahmad Shah. Pasti ramai yang mendengar tentang ini setiap kali musim baru Liga Malaysia bermula. Tahukah anda tentang piala ini ?

Piala Sumbangsih Sultan Haji Ahmad Shah
Piala Sultan Haji Ahmad Shah

Apa Itu Piala Sumbangsih Sultan Haji Ahmad Shah

Perlawanan merebut Piala Sumbangsih atau Piala Sultan Haji Ahmad Shah adalah perlawanan pembuka tirai bagi dalam musim Liga Malaysia.

Sejarah Piala Sumbangsih

Mula diperkenalkan pada tahun 1985 yang menemukan pasukan Selangor dan Pahang. Perlawanan pada waktu itu melibatkan juara Piala Malaysia 1984 iaitu Selangor menentang naib juara liga Pahang. Ini kerana Selangor pada tahun itu juga merupakan juara liga.

Namun format Piala Sumbangsih telah ditukar dimana melibatkan juara Piala Malaysia dan Piala FA pula bermula pada tahun 1993. Bermula pada tahun 2011, format sekali lagi berubah apabila Juara Piala Malaysia bertemu juara Liga Super untuk menentukan pemenang Piala Sultan Haji Ahmad Shah atau Piala Sumbangsih.

Mengikut rekod, hanya 16 pasukan yang pernah memenangi Piala sumbangsih ini.

Senarai Pemenang Piala Sumbangsih

Dibawah adalah senarai pemenang mengikut tahun

1985 – Selangor
1986 – Johor
1987 – Selangor
1988 – Kuala Lumpur
1989 – Singapura
1990 – Selangor
1991 – Kedah
1992 – Pahang
1993 – Pahang
1994 – Kedah
1995 – Kuala Lumpur
1996 – Selangor
1997 – Selangor
1998 – Sarawak
1999 – Perak
2000 – Kuala Lumpur
2001 – Terengganu
2002 – Selangor
2003 – Pulau Pinang
2004 – MPPJ
2005 – Perak
2006 – Perak
2007 – Perlis
2008 – Perlis
2009 – Selangor
2010 – Selangor
2011 – Kelantan
2012 – Negeri Sembilan
2013 – ATM
2014 – Pahang
2015 – JDT
2016 – JDT
2017 – ???

Diatas adalah senarai pemenang semenjak Piala Sumbangsih Sultan Haji Ahmad Shah diperkenalkan bermula pada tahun 1985. Untuk rekod pasukan Selangor menang sebanyak lapan kali diikuti Pahang, Kuala Lumpur dan Perak tiga kali. Kedah, JDT dan Perlis dua kali.

Untuk tahun 2017, perlawanan Piala Sumbangsih akan melibatkan juara liga super dan juara piala Malaysia iaitu JDT vs Kedah pada 20 Januari 2017.

Check Also

Keputusan Piala Sumbangsih 2017

Keputusan JDT vs Kedah Piala Sumbangsih 2017

Keputusan JDT vs Kedah Piala Sumbangsih 2017. Perlawanan pembukaan Liga Malaysia menyaksikan perebutan Piala Sultan …

2 comments

  1. Malam ini milik Kedah 😀

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *