Breaking News
Home » Info Sukan » Senarai Penuh 32 Pasukan Yang Layak Ke Piala Dunia 2018

Senarai Penuh 32 Pasukan Yang Layak Ke Piala Dunia 2018

Setelah melalui pusingan kelayakan dan playoff, 32 pasukan telah pun mengesahkan tempat ke Piala Dunia 2018. Ini termasuk tuan rumah kejohanan yang paling menjadi tumpuan dunia iaitu Russia. Beberapa pasukan utama dunia turut gagal kali ini untuk layak beraksi.

Piala Dunia 2018
Piala Dunia 2018

Piala Dunia 2018 atau Piala Dunia FIFA 2018 akan berlangsung di Russia bermula dari 14 jun hingga 15 julai 2018. The 2018 FIFA World Cup kali ini adalah edisi yang ke 21.

Senarai pasukan yang layak adalah berdasarkan benua selepas berakhir pusingan kelayakan. Berikut adalah senarai penuh pasukan yang telah layak.

Pasukan Piala Dunia 2018

EROPAH
Russia (tuan rumah), Perancis, Portugal, Jerman, Serbia, Poland, England, Sepanyol, Belgium, Iceland, Switzerland, Croatia, Sweden, Denmark.

ASIA
Iran, Jepun, Korea Selatan, Arab Saudi, Australia

AMERIKA SELATAN
Brazil, Uruguay, Argentina, Colombia, Peru

AFRIKA
Nigeria, Mesir, Maghribi, Tunisia, Senegal

AMERIKA TENGAH, UTARA DAN CARIBBEAN
Mexico, Costa Rica, Panama

Juara bertahan Jerman dan finalist 2014 iaitu Argentina sudah pasti antara pasukan tumpuan. Selain dari satu lagi pasukan dari benua Amerika Selatan iaitu Brazil.

Kejutan paling menjadi tumpuan adalah kegagalan pasukan Itali dan Belanda layak untuk saingan kali ini. Namun kehadiran juara Euro 2016 Portugal, Perancis, Sepanyol dan England tidak boleh dipandang mudah. Dengan cuaca sejuk, Russia sudah pasti mempunyai kelebihan selaku tuan rumah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *