Home » Info Sukan » Piala Axiata | Malaysia Tigers Tewas Kepada Indonesia Rajawali

Piala Axiata | Malaysia Tigers Tewas Kepada Indonesia Rajawali

Keputusan Malaysia Tigers vs Indonesia Rajawali – Pasukan badminton senior Malaysia Tigers tewas dengan keputusan 1-2 kepada pasukan pelapis Indonesia Rajawali dalam saingan Piala Axiata.Kedua-dua pasukan telah pun layak ke peringkat separuh akhir namun dengan kemenangan ini Indonesia Rajawali menjadi juara kumpulan.
Mata pertama Indonesia Rajawali datang dari perseorangan pertama mereka Hayom Rumbaka yang menewaskan Hafiz Hashim dengan keputusan 21-16, 18-21, 10-21.Beregu negara Koo Kean Kiet/Tan Boon Heong pula berhadapan tentangan sengit Angga Pratama/ Rian Agung Saputro yang mengalahkan mereka 10-21, 21-18, 21-13.Perseorangan kedua negara Liew Daren meraih mata tunggal negara dengan menumpaskan Shesar Hiren Rhustavito 21-19, 21-13.
Malaysia Tigers dijadualkan bertemu Indonesia Garuda sementara Malaysia Leopards bakal menentang Indonesia Rajawali pada peringkat separuh akhir yang bermula 30 Mac ini di Kuala Lumpur dan Jakarta.

Check Also

Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Teks Sidang Media Penahanan 7 Suspek Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Teks Sidang Media Penahanan 7 Suspek Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. Pihak PDRM telah …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *