Home » Info Sukan » Piala AFF Suzuki 2014 Siapa Kapten Malaysia

Piala AFF Suzuki 2014 Siapa Kapten Malaysia

Harimau Malaya Malaysia

Saingan Piala AFF Suzuki 2014 semakin hampir dengan semua pasukan sudah pasti bersedia dari segi mental dan fizikal. Tidak kurang juga dengan pasukan Malaysia atau Harimau Malaya. Bakal bermain di atas rumput tiruan dalam dua perlawanan awal di Stadium Jalan Besar , Singapore pasti tidak akan menjadi masalah lagi jika latihan seminggu di Johor digunakan sepenuhnya oleh pemain.

Selain itu , masalah kecederaan juga memang tidak boleh lari dari menghantui pasukan dalam persiapan menghadapi kejohanan serantau ini. Beberapa pemain utama yang menjadi pertaruhan Dollah Salleh dilaporan menghadapi kecederaan. Antaranya adalah Aidil Zafuan dan Safiq Rahim. Dilaporkan juga kemungkinan Safiq Rahim bakal terlepas aksi Piala AFF Suzuki 2014 akibat kecederaan ini. Namun dengan barisan pemain yang ada, rasanya Dollah mempunyai pilihan pemain yang cukup untuk mengantikan pemain yang cedera.
shukor Adan
Siapakah yang bakal menjadi kapten pasukan Malaysia di Piala AFF Suzuki 2014 ? Antara calon yang layak memakai lilitan kapten adalah Shukor Adan. Mungkin ramai yang mempertikaikan pemilihan Shukor Adan dalam pasukan kebangsaan kerana umur pemain ini yang sudah pun menjangkau 35 tahun. Namun rasanya , tindakan Dollah Salleh membawa masuk beberapa pemain senior dalam pasukan adalah satu tindakan yang bijak dalam membimbing pemain muda. 
Sebelum menghadapi saingan sebenar AFF Suzuki Cup ini , pasukan kebangsaan bakal diuji dengan dua perlawanan persahabatan iaitu menentang Syiria dan Vietnam. Semoga semua pemain dapat memberi persembahan yang baik dan membawa pulang Piala AFF Suzuki ke Malaysia.

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *