Home » Info Sukan » Piala AFF Suzuki 2012 Malaysia Hadapi Laluan Sukar

Piala AFF Suzuki 2012 Malaysia Hadapi Laluan Sukar

Undian Piala AFF Suzuki 2012 – Juara bertahan Piala AFF Suzuki , Malaysia mungkin akan menghadapi laluan sukar dalam misi mempertahankan piala yang di menangi pada tahun 2010 itu. Dalam undian yang di buat di Bangkok hari ini , Malaysia selaku tuan rumah bersama , diletakkan dalam kumpulan B bersama Singapura , Indonesia dan satu pasukan dari pusingan kelayakan. 
Piala AFF Suzuki 2012 bakal berlangsung pada 24 November sehingga 22 Disember 2012 di dua venue iaitu di Stadium Rajamangala , Bangkok untuk kumpulan A dan Stadium Nasional Bukit Jalil untuk saingan kumpulan B. 
Pasukan Malaysia akan memulakan aksi peringkat kumpulan B pada 25 November 2012 menentang Singapore. Perlawanan kedua pula pada 27 November menentang naib juara pusingan kelayakan sebelum bertemu Indonesia dalam perlawanan terakhir kumpulan pada 1 Disember 2012. 
Kumpulan A pula bakal meletakan Thailand , Vietnam , Filipina dan pasukan dari pusingan kelayakan.

Check Also

Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Teks Sidang Media Penahanan 7 Suspek Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Teks Sidang Media Penahanan 7 Suspek Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. Pihak PDRM telah …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *