Home » Info Sukan » Piala AFF Suzuki 2012 | Bangkitlah Harimau Malaya

Piala AFF Suzuki 2012 | Bangkitlah Harimau Malaya

As salam , malam ini 28 November 2012 merupakan malam penentuan arah tuju pasukan Malaysia dalam saingan Piala AFF Suzuki 2012. Kekalahan dalam perlawanan pertama kumpulan B 0-3 kepada pasukan Singapore membuatkan pasukan Malaysia menempuh laluan sukar untuk layak ke peringkat separuh akhir. Perlawanan kedua bertemu Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil adalah perlawanan mesti menang. Jika tewas , lupakan saja misi mempertahankan Piala AFF Suzuki yang dimenangi pada edisi 2010.
Mungkin barisan yang ada kini adalah yang terbaik dari kacamata Datuk Rajagopal , namun tahap persefahaman pemain agak kurang baik ketika ini. Paling ketara di bahagian pertahanan dan tengah. Semoga harimau Malaya mampu bangkit dan mengaum. Insyaallah , ada rezeki kemenangan pasti memihak kepada pasukan negara sebelum bertemu Indonesia dalam perlawanan terakhir. 
Ayuh pemain, kembalikan semula semangat HARIMAU MALAYA.. kita boleh.

LIVE STREAMING MALAYSIA vs LAOS 

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *