Breaking News
Home » Petua Dan Tips » Petua Menegangkan Kulit Muka

Petua Menegangkan Kulit Muka

Petua Menegangkan Kulit Muka. Siapa yang tidak mahu kulit yang cantik dan tegang. Usia bukan alasan untuk tidak kelihatan cantik. Salah satu bahagian kulit yang pasti menjadi tumpuan penjagaan adalah muka.

Petua Menegangkan Kulit Muka
Petua Menegangkan Kulit Muka

Ada beberapa petua yang boleh digunakan oleh anda sebagai salah satu cara untuk mengekalkan atau mendapatkan kembali kulit yang tegang. Cara tradisional pasti menjadi jika anda rajin berusaha.

Berikut adalah beberapa cara yang boleh ada amalkan untuk menegangkan kulit muka yang kusam dan berkedut.

1- Kisar kulit sebiji pisang masak hingga halus dan gaul bersama sebiji putih telur hingga sebati. Lumurkan ke seluruh muka seperti masker. Biarkan hingga kering dan bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

2- Pukul putih telur hingga kembang dan dibancuh dengan sedikit tepung sagu. Lumurkan ke seluruh muka seperti masker sebelum tidur dan biarkan semalaman.

3- Bilas muka dengan air bersih dan lumur timun yang telah diparut . Biarkan selama sejam dan bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali.

4- Kisar beberapa kuntum bunga melur dan bunga cempaka. Bancuh bunga yang telah dikisar dengan bedak sejuk bersama sedikit air. Lumur ke seluruh muka setiap malam sebelum tidur. Keesokan hari cuci muka dengan air suam dan bilas dengan air sejuk. Lap muka dengan tuala bersih.

5- Tumbuk halus sedikit beras pulut bersama sedikit kulit kayu manis dan seketul kunyit hidup. Lumur ke seluruh muka dan leher sebelum tidur. Keesokan hari cuci muka dengan air suam dan bilas dengan air sejuk. Lap muka dengan tuala bersih. Amalkan dua kali seminggu.

Selamat mencuba petua cara menegangkan kulit muka. Semoga anda mendapat kulit muka yang diimpikan.

kredit to 101petua.blogspot.com

Check Also

petua merawat rambut gugur

Petua Cara Merawat Rambut Gugur

Petua Cara Merawat Rambut Gugur. Pasti ramai yang pernah dan sedang mengalami masalah keguguran rambut …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *