Home » Petua Dan Tips » Petua Jika Sakit Gigi

Petua Jika Sakit Gigi

Petua Jika Sakit Gigi dan Cara Untuk Kurangkan serta Hilangkan Sakit Gigi Pernah alami sakit gigi ? Mesti pernahkan dan ianya sangat menyiksakan. Selain dari berjumpa doktor dan memakan ubat moden kita boleh cuba guna cara tradisonal atau petua orang zaman dulu-dulu. Tiada yang lama tiada yang baru. Setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali mati. Yang penting ada usaha , jangan lupa berdoa dan tawakal.

petua jika sakit gigi
petua jika sakit gigi

Di sini saya kongsikan petua bagaimana untuk menghilangkan atau mengurangkan sakit gigi. Sekurang-kurangnya sebagai cara rawatan awal sebelum berjumpa doktor. Di bawah itu ada beberapa petua sakit gigi yang boleh dicuba. Insyaallah berkesan.

PETUA SAKIT GIGI
1. Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Ingat guna cuka masak, jangan guna cuka getah pula, tanggal semua gigi nanti. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.

2) Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang. Patutlah orang dulu-dulu suka makan sireh..hehe

3) Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.

4) Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubanggigi dan tutup dengan kapas.

5) Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.

6) Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.

7) Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.

Semoga perkongsian petua sakit gigi ini dapat membantu anda yang sedang merana.
kredit to 101petua .blogspot.com

Check Also

Trik Youtube

Trik Youtube Yang Harus Anda Tahu

Siapa tidak tahu akan Youtube. Boleh dikatakan jika anda seorang yang mengikuti perkembangan dunia media …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *