Breaking News
Home » Petua Dan Tips » Petua Hilangkan Sakit Tekak

Petua Hilangkan Sakit Tekak

Petua Hilangkan Sakit Tekak. Sakit tekak adalah salah satu masalah yang kurang menyenangkan. Ada berbagai cara dan tips untuk hilangkan sakit tekak. Saya memang selalu alami masalah ini setiap kali balik dari stadium bila ada perlawanan bolasepak.

Petua hilangkan sakit tekak
Petua hilangkan sakit tekak

Biasalah jerit sana sini. Selain kesan jeritan batinku , ada juga kerana jangkitan kuman , kerana cuaca panas dan sebab-sebab lain. Nak terangkan pun tak pandai sebab bukan pakar. Cuma nak share satu petua yang saya jumpa ketika berlayar dilautan maya. Manalah tahu jika berguna buat anda nanti.

Ok , saya nak kongsikan petua untuk kurangkan sakit tekak yang anda alami. Sebagai salah satu usaha jugakan. Cara dan petua tradisional ini kekadang lagi ada kesan mujarab dari cara moden.

PETUA HILANGKAN ATAU SEMBUHKAN SAKIT TEKAK
1- Bakar beberapa keping asam keping sehingga hangus. Tumbuk hingga hancur dan lumat kemudian campur sedikit dengan air sirih. Sapukan pada bahagian tekak dan biarkan kering sendiri. Ulang beberapa kali. Jangan minum pula nanti tertanggal pula tekak…hehe.

2- Gunakan air nasi juga salah satu cara untuk hilangkan sakit tekak. Ambil air nasi yang sedang ditanak , sejukkan dan minum begitu sahaja. Minumlah beberapa kali.

3- Minum air asam jawa pun antara petua yang boleh diamalkan. Minum air asam yang suam je, jangan mengada nak tambah ais bagai. Insyallah hilang sakit tekak.

Semua petua cara hilangkan sakit tekak ini adalah cara tradisional sebagai salah satu usaha kita mengubati. Jika masalah berlarutan sila berjumpa doktor.

sumber petua

Check Also

petua merawat rambut gugur

Petua Cara Merawat Rambut Gugur

Petua Cara Merawat Rambut Gugur. Pasti ramai yang pernah dan sedang mengalami masalah keguguran rambut …

One comment

  1. ingtkan suruh minum asam keping bakar 😀

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *