Breaking News
Home » Petua Dan Tips » Petua Halau Cicak Di Rumah

Petua Halau Cicak Di Rumah

Petua Halau Cicak Di Rumah. Pasti ramai yang tidak suka akan kehadiran cicak dirumah. Mungkin ada yang geli. Apa yang paling pasti, cicak sememangnya akan meninggalkan kotoran terutama najisnya di rumah anda. Ada beberapa cara atau petua yang boleh digunakan dalam usaha kita menghalau cicak ini.. bukan cicakman tau.

cicak
cicak

PETUA TIPS DAN CARA MENGHALAU CICAK DENGAN BERKESAN
Cara pertama adalah dengan menggunakan cili kering.Caranya adalah dengan mengantungkan sebungkus cili kering di kawasan yang banyak cicak. Bau cili kering itu akan menyebabkan cicak cabut lari.

Bela Kucing juga antara satu usaha yang boleh mengurangkan kehadiran cicak di rumah anda. Cicak sangat takut kepada kucing, jadi belalah kucing untuk penyelesaiannya.

Cicak sangat alergik dengan mineral kulit telur ayam. Caranya adalah basuh dan keringkan kulit telur ayam itu dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan pada saiz yang kecil. Letakkan di mana-mana untuk mengelakkan cicak berkunjung.

Tahukah anda kehadiran serangga di sekitar rumah turut menyumbang akan perkembangan cicak dirumah. Pastinya anda mengetahui bahawa serangga adalah makanan cicak. Jadi anda seharusnya membunuh serangga terlebih dahulu. Sekiranya rumah anda tiada serangga, pastinya cicak juga tiada.

Cicak sangat tidak sukakan campuran air dan cili api. Ambil 4 hingga 5 biji cili padi dan bancuhkan bersama air. Masukkan dalam botol spray. Kemudian spray di tempat yang adanya cicak.

FAKTA TENTANG CICAK
Tahukah anda bahawa cicak merupakan sejenis haiwan reptilia yang berdarah sejuk dan bertelur. Reptilia ini mampu memanjat dinding yang tegak dan licin seperti cermin. Cicak mempunyai telapak kaki yang mempunyai rerambut halus dimana mampu mewujudkan daya lekatan pada tahap nano. Cicak juga mempunyai keupayaan untuk memutuskan ekornya apabila diancam.

HUKUM MEMBUNUH CICAK DAN PAHALANYA
‎Abu Hurairah ra. berkata, ‘Rasulullah saw. pernah bersabda, “Siapa saja yang membunuh cicak, pada awal ‎pukulan maka baginya satu kebaikan. Dan lagi, siapa saja yang membunuhnya hingga pukulan yang kedua (baru ‎cicaknya itu mati), baginya memperoleh kebaikan namun berbeda dengan kebaikan yang di dapat dari satu ‎pukulan. Berikutnya, jika ada siapa saja orang yang membunuh cicak itu hingga tiga pukulan, maka kebaikan ‎diperolehnya, dan kebaikan itu tentunya berbeda sebagaimana yang kedua.” (Hadis dicantumkan di dalam: ‎Shahih Muslim, Sunan Abu Daud dan Jami’ at Tirmidzi)‎

Check Also

Admin Group Whatsapp Berisiko Dipenjarakan

Admin Group Whatsapp Berisiko Dipenjarakan, itu ada yang dipetik dari beberapa sumber artikel laman berita …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *