Breaking News
Home » Petua Dan Tips » Petua Cara Merawat Rambut Gugur

Petua Cara Merawat Rambut Gugur

Petua Cara Merawat Rambut Gugur. Pasti ramai yang pernah dan sedang mengalami masalah keguguran rambut yang teruk. Antara punca rambut gugur adalah akibat kekurangan zat, penyakit tiroid, tekanan emosi dan berbagai lagi. Ada beberapa petua dan tips yang boleh anda amalkan untuk mengatasi masalah rambut anda.

Dibawah adalah beberapa petua yang boleh diamalkan dalam merawat rambut secara semulajadi.

rambut gugur
rambut gugur

Daun bunga raya mudah ditemui dimana-mana. Kisarkan daun bunga raya ini dan lumurkan bahan itu ke bahagian kulit kepala. Biarkan sehingga sejam kemudian bilas dengan air bersih.

Sapukan minyak zaitun di rambut dan kulit kepala untuk mengekalkan rambut yang sihat. Jadi minyak zaitun pun berguna untuk mengatasi masalah rambut anda.

Mengambil vitamin dan makanan tambahan dapat menggalakkan pertumbuhan semula rambut. Ia adalah penting untuk anda mengekalkan nutrisi yang baik untuk rambut. Pengambilan makanan seperti sayur-sayuran, bijirin, buah-buahan, dan kekacang sangat baik untuk memulihkan rambut gugur.

Jangan tidak percaya kerana minyak kelapa mampu membaiki rambut yang rosak disebabkan oleh pendedahan cahaya matahari yang berlebihan. Urut kulit kepala dengan minyak kelapa untuk membantu menguatkan akar rambut.

Gunakan gel lidah buaya atau aloe vera pada rambut anda. Lidah buaya mudah didapati dan mempunyai berbagai khasiat lain dalam penjagaan kecantikan.

Check Also

keputusan piala malaysia 18 julai

Keputusan Piala Malaysia 18 Julai 2017

Keputusan Piala Malaysia 18 Julai 2017. Aksi TM Piala Malaysia kembali dengan 8 perlawanan berlangsung …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *