Home » Petua Dan Tips » Petua Cara Hilangkan Jerawat

Petua Cara Hilangkan Jerawat

Petua Cara Hilangkan Jerawat. Anda ada masalah jerawat? Mungkin berbagai cara telah anda lakukan untuk mengatasi masalah jerawat namun masih gagal untuk mengatasinya. Telah cuba rawatan moden? atau ingin mencuba cara tradisional orang dulu-dulu. Mana-mana cara pun boleh asalkan jerawat hilang dan rawatan itu serasi dengan kulit anda.

Sebelum itu apa itu jerawat? Mengikut rujukan yang dibuat dari wikipedia, Jerawat atau acne vulgaris merupakan perkara yang biasa berlaku pada remaja yang akhir baligh disebabkan oleh perubahan hormon badan. Bagaimanapun jerawat yang teruk mungkin disebabkan oleh pelbagai sebab seperti jangkitan kuman. Yang sudah terlebih baligh pun akan ada jerawat, orang dulu-dulu kata, orang kuat berangan ini banyak jerawat. Mereka yang kata, betul atau tidak terpulang.

Jerawat secara amnya merupakan suatu fenomena biological yang terjadi pada kulit akibat dari masalah keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di kulit manusia. Ianya sering muncul pada bahagian kulit yang selalu berminyak seperti kulit muka dan kulit badan.

Apa kata kita tengok cara tradisional dan moden untuk mengatasi masalah jerawat tidak kira remaja atau dewasa. Antara petua yang dapat dikongsikan disini adalah..

Gunakan Scrub
Parut jerawat baru yang kelihatan hitam dapat diatasi dengan melakukan scrub untuk menanggalkan sel kulit mati. Lakukan scrub seminggu 2 kali atau mengikut peraturan pemakaian dan hasilnya kulit akan kelihatan sihat dan mulus.Tapi jangan lakukan scrub ketika kulit berjerawat dan meradang kerana ini akan menyebabkan radang menjadi semakin teruk.

Gunakan sabun yang sesuai
Selain itu, boleh menggunakan sabun yang mengandungi glikolic acid atau AHA, untuk menanggalkan sel kulit mati. Agar jerawat tidak berparut hitam atau berbekas , elakkan dari memicit jerawat kerana dapat merosakkan struktur kulit. Ini menyebabkan parut menjadi semakin gelap dan susah untuk dihilangkan.

Petua hilangkan jerawat
Jerawat ?????? Ohhh Tidakkkkkk !!!!

Petua Menghilangkan Parut Jerawat

• Mula-mula ambilkan sedikit madu. Campurkan madu tersebut dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 hari sekali.

• Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Tempelkan pada parut jerawat.

• Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.

• Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.

• Rendam beberapahelai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.

• Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

Petua Cara Hilangkan Jerawat adalah petua yang dikumpul dari laman-laman yang ada kongsikan petua hilangkan jerawat atau tanda-tanda jerawat. Sekadar untuk rujukan sahaja. Jika masalah anda kritikal, sebaiknya berjumpa dengan doktor pakar untuk khidmat nasihat dan rawatan kulit muka anda.

Check Also

petua merawat rambut gugur

Petua Cara Merawat Rambut Gugur

Petua Cara Merawat Rambut Gugur. Pasti ramai yang pernah dan sedang mengalami masalah keguguran rambut …

2 comments

  1. petua orang lama2 ni memag bagus. ia gunakan bahan semula jadi yang biasanya tak jejaskan kulit muka kita. tinggal pilih dan amalkan saje.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *