Breaking News
Home » Petua Dan Tips » Petua Berhenti Merokok

Petua Berhenti Merokok

Petua Berhenti Merokok , Tips Berhenti Merokok Yang Berkesan , Panduan Berhenti Merokok – Merokok merbahaya untuk kesihatan. Ungkapan yang sering kita dengar dan juga ada terpampang di kotak-kotak rokok. Tapi bagi yang telah sebati dengan tabiat merokok boleh tutup sebelah mata sahaja. Apa ada hal, hisap rokok pun mati , tak hisap rokok pun mati. Ayat biasa yang akan keluar dari mulut perokok. Saya juga adalah perokok namun sedang berusaha untuk berhenti. Bagaimana caranya untuk berhenti menjadi perokok tegar?

Di sini saya akan kongsikan beberapa tips dan cara yang popular yang dapat penulis kumpul dari laman-laman web serta blog. Sebenarnya untuk kegunaan saya sendiri , namun jika dikongsi lagi baik. Jom skodeng cara dan tips berhenti merokok.

Tips cara panduan berhenti merokok
Petua berhenti merokok

CARA DAN TIPS BERHENTI MEROKOK. Tips yang boleh dicuba namun pasti menyeksakan kepada perokok tegar adalah lengahkan hasrat anda untuk merokok. Jika teringat sangat nak merokok cuba buat sibuk supaya tak ambil rokok. Tahan diri atau paksa agar jangan merokok. Nampak mustahil buat perokok tegar  tapi ini adalah cara yang paling berkesan untuk melatih diri.

Konsep cukuplah sebatang , dua batang sehari , merokok bila perlu adalah konsep yang perlu dibuang. Mana mungkin cukup sebatang kalau memang dah perokok tegar. Mula-mula memang boleh lah, lama-lama kembali semula jadi dua, tiga , empat dan berbatang-batang. Ini pengalaman saya sendiri..hehehehe

Jauhkan rokok dari anda. Ermmm tapi kalau memang dah rokok dalam poket bila leka mesti capai juga. Selalunya bila tengah telefon , membaca dan lain-lain. Dalam tak sedar tangan capai rokok. Selain itu , bila berkumpul sesama kaki rokok dan berborak adalah saat cemerlang , gemilang kaki rokok. Lepas sebatang , lagi sebatang dan lagi dan lagi sampai ler majlis selesai. Ini pengalaman saya sendiri. Terukkan..haha.. oleh itu kita cuba elakkan punca-punca keinginan merokok dalam tak sedar memuncak. Tapi jangan pula sampai tak mahu jumpa kawan-kawan. Itu sudah lain kes.

Cara lain yang boleh kita cuba adalah dengan bersenam. Jogging , main bola kat padang janji aktiviti yang mengeluarkan peluh. Masa bersukan ini memang nafsu merokok akan berkurangan. Jika masa bersukan pun sambil berlari atas padang tetap rokok di mulut..ermm anda memang gila..haha

Selain itu , elakkan tekanan atau stress. Tak kiralah tekanan kerja , masalah peribadi , keluarga dan lain-lain. Sebab salah satu alasan perokok ini untuk kembali menghisap rokok , adalah alasan ” aku stress lah “. Selain itu , mengunyah sesuatu juga antara cara kita boleh kurangkan keinginan merokok. Selalu juga ingatkan diri sendiri kebaikan bila tidak merokok. Banyak kesan baik bila tidak merokok.

Sebenarnya banyak lagi tips dan cara untuk berhenti merokok. Anda boleh bertanya atau cara melalui perkongsian sahabat-sahabat atau laman web yang ada. Banyak tips dan cara sebenarnya untuk berhenti merokok. Tapi niat dan keinginan itu yang penting. Kalau ikut tips tanpa langsung tiada niat dan keinginan berhenti, jangan haraplah..

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *