Home » Petua Dan Tips » Petua Atasi Masalah Sembelit

Petua Atasi Masalah Sembelit

Petua Atasi Masalah Sembelit. Adakah anda menghadapi masalah membuang air besar atau sembelit sehingga terpaksa menung berjam-jam lama. Apa kata kita tengok beberapa penyelesaian secara tradisional untuk mengatasi masalah ini.

Petua Atasi Masalah Sembelit
Petua Atasi Masalah Sembelit

Petua atau cara pertama adalah dengan memakan buah pisang atau betik selalu. Makan dengan kadar yang perlu tetapi jadikan makanan rutin.

Petua kedua pula adalah dengan mengambil dua biji pisang lemak manis yang cukup masak. Buang kulitnya dan kisar bersama segelas air. Amalkan minum air pisang ini dua kali sehari sehingga sembuh.

Boleh juga mencuba akar temu lawak dan segenggam biji sawi. Masukkan ke dalam periuk dengan air secukupnya. Rebus hingga mendidih. Tapis dan minum airnya pagi dan petang setiap hari sehingga sembuh.

Rebus daun gelenggang dan jadikan ulaman makan bersama nasi setiap hari.

Diatas adalah beberapa petua yang boleh anda amalkan. Petua adalah penyediaan tradisional. Jika berlarutan sila berjumpa doktor.

Apa Itu Sembelit
– Sembelit bukanlah penyakit sebaliknya gejala kurang membuang air besar.
– Najis yang dihasilkan daripada pembuangan adalah keras
– Meneran semasa buang air besar dimana pembuangan air besar hanya berjaya dilakukan dengan meneran sepenuh tenaga.
– Rasa tidak puas walaupun selepas membuang air besar
– Perut kembung, kejang atau sakit tetapi sukar untuk najis keluar.

Apakah Punca Sembelit
– Kurangnya minum air
– Kurang pengambilat serat
– Selalu menahan diri dari membuang air besar atau bertangguh-tangguh
– Kurang bersenam atau kurang pergerakan tubuh badan terutama warga tua
– Otot-otot perut dan usus menjadi semakin lemah disebabkan peningkatan usia
– Alahan ubatan tertentu

Check Also

petua merawat rambut gugur

Petua Cara Merawat Rambut Gugur

Petua Cara Merawat Rambut Gugur. Pasti ramai yang pernah dan sedang mengalami masalah keguguran rambut …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *