Breaking News
Home » Santai » Petang Yang Gelap..Jemari Pun Menari Nari Ikut Tempo..cha cha.!!

Petang Yang Gelap..Jemari Pun Menari Nari Ikut Tempo..cha cha.!!

Gelap..?? kenapa dah malam ke?? hahaha..(panjang sangat tajuk ni..)
Petang2 ni sambil2 pekena nescafe sambil tu layan blog rakan rakan..meriah juga ye dunia blog kat Malaysia ni.Ramai rakan2 blogger yang menunjukkan bakat masing2 dengan idea dan bahan2 yang banyak infomasi..Tahniah kepada mereka yang sememangnya berani mencetuskan idea2 yg baru kekadang ada juga yang panas2..Tapi awas jangan
panas2 sangat nanti kita sendiri yang panas..( faham2 sudahlah..)..Yang seeloknya setiap artikel tu biarlah ada fakta dan jangan sekali2 auta..( ingatkan diri sendiri juga sbb aku hanyalah cebisan Blogger peringkat bawahan..bukan orang kenal pun..) Korang kenal ke aku ni?? Kalau soalan tu aku tanya dah sahlah jawapannya tak kenal..huhu..sebab itulah aku nak kenal dengan korang semua supaya korang kenal aku..hahaha ( serampang dua mata )..bleh ke aku kata cam tu..anggap boleh je laa.
Aku juga nak ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi datang2..tengok2..conteng2..romen2 ..komen2 dan apa sajalah yang telah korang lakukan kepada blog aku yang tah apa apa ni..Blog warna oren..majoriti pun oren..terasa oren laa pulak..Bukan apa Oren tu ada makna besar pada aku.Oren itu bermaksud buah oren..( aku suka buah oren…hahaha.abaikan je yang ni sebab aku tipu..aku tak suka buah oren..)!!!!
Oren ni sebenarnya warna keramat agensi yang selama ini Mak Ayah aku cari rezeki untuk membesarkan aku..membanting tulang empat kerat..Warna Felda..( takkan korang tak tahu warna felda ).kat sinilah aku membesar dengan bermacam kesukaran pada peringkat awal..tapi aku tabik kat kedua orang tua aku sebab still kuat untuk berjuang dalam kepayahan ( awal2 dulu ramai peneroka yang cabut lari tak tahan dengan kesempitan hidup)[kasih ibu membawa ke syurga..kasih ayah berkorban apa saja ]..sekarang tengok..FELDA..maksud aku tanah rancangan Felda dan umat2 di dalamnya..megah bergerak seiring kemajuan global.Serba serbi ada..orang kota ada..kita pun dah ada.Apa lagi yang tak ada di felda?? Hospital? Bandar? Perumahan baru ? Capaian Internet? jalanraya? ahhhh tak payah nak senaraikan..semua dah ada..kekadang apa yang ada di felda..kat bandar langsung tak ada..( nak tahu apa..fikirlah sendiri kerana orang yang berfikir itu orang yang sentiasa akan di hadapan..)
Bukan aku nak mengagung agungkan felda..tapi aku sekadar menyatakan kesyukuran aku betapa aku bertuah menjadi anak felda.Tak perlulah nak cerita tentang negetive sebab negetivenya cuma sekelumit..mana ada yg sempurna didunia ni.
Sekarang aku pun dah bertugas dengan Felda..makan gaji..( tak makan nasi..makan je gaji tu..)..
ehh..berbalik kepada blog tadi..hahaha jauh terlajak jemari ni menari..terima kasih kepada semua ylah menjadi follower..walaupun blog aku ni tah apa apa tah..tapi korang tetap follow..xlas ke tak ni?? hahaha mestilah xlas kan..hahha..terima kasih sekali lagi..korang tetap yang terbaik dunia akhirat..
ok lah cukuplah sampai sini aku menari nari bersama jemari yang semakin keletihan..kepada rakan2 teruskan menjadi blogger yang berhemah dan jujur..Buat rakan Facebook aku..korang pun tetap best kerana catatan korang sering mencetuskan huru hara dalam minda aku sehingga bleh menjadi idea yang berlimpah2 dalam otak aku ni..Korang memang best..
salah silap harap di maaf..
Wassalam..!!!

Check Also

keputusan piala malaysia 18 julai

Keputusan Piala Malaysia 18 Julai 2017

Keputusan Piala Malaysia 18 Julai 2017. Aksi TM Piala Malaysia kembali dengan 8 perlawanan berlangsung …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *