Home » Uncategorized » Pesawat Sewa Khas Bawa Pulang Skuad Bolasepak Malaysia

Pesawat Sewa Khas Bawa Pulang Skuad Bolasepak Malaysia

Kabinet meluluskan sebuah pesawat sewa khas untuk membawa pulang skuad bolasepak bawah 23 Malaysia yang sedang beraksi di Sukan Sea 2011.Fuhh..pesawat sewa khas tu beb..khas untuk mereka sahaja..wah anak emas..kah kah..opss..bukan sebab anak emas pun tapi kerana mereka perlu segera pulang dan dapat berehat sebelum turun semula ke padang untuk bertemu Syiria dalam kelayakan Sukan Olimpik pula.Mereka akan terus menaiki penerbangan sewa khas itu setelah selesai perlawanan akhir Sukan Sea menentang Indonesia.
Skuad kendalian Ong Kim Swee itu terpaksa mengharungi tiga perlawanan berturut-turut di sini dengan tempoh rehat hanya selang sehari.Bermula dengan perlawanan menentang Indonesia pada perlawanan akhir peringkat Kumpulan A pada Khamis, skuad negara kemudiannya menentang Myanmar pula pada penentuan separuh akhir malam Sabtu dan akan bertemu Indonesia sekali lagi di perlawanan akhir pada 21 November 2011.
Kabinet meluluskan pesawat komersil tambang murah AirAsia bagi membawa pemain skuad B-23 negara kembali ke Malaysia.Skuad B-23 negara akan menentang Syria di Stadium Nasional Bukit Jalil Khamis 24 November 2011 ini dalam kempen kelayakan Olimpik.Apa apa pun semoga skuad Harimau Muda berjaya mengharungi gelora dalam perlawanan akhir Sukan Sea menentang Indonesia.Malaysia Boleh..!!

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

One comment

  1. untunglah. hrp2 dorang menang esok 🙂

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *