Breaking News
Home » Berita » Pesawat MAS MH370 ke Beijing Dilaporkan Hilang

Pesawat MAS MH370 ke Beijing Dilaporkan Hilang

Pesawat MAS MH370 ke Beijing Dilaporkan Hilang – Sebuah pesawat Malaysia Airlines yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan menara kawalan udara di Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal hari ini. Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.  Pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.

Syarikat penerbangan itu juga memberitahu akan memaklumkan perkembangan dari masa ke masa. Ia menasihatkan orang ramai untuk menghubungi talian +603 7884 1234 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Kenyataan CEO MAS 
Ketua Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata, semua perhubungan dengan pesawat 
MH370 yang berlepas dari Kuala Lumpur jam 12.41 pagi ke Beijing, China, terputus.Pusat Kawalan Trafik Udara Subang melaporkan mereka terputus hubungan dengan pesawat terbabit jam 2.40 pagi (waktu tempatan Malaysia).Penerbangan MH370 beroperasi menggunakan pesawat Boeing B777-200. Pesawat membawa 239 penumpang dan anak kapal – iaitu 227 penumpang (termasuk dua bayi) dan 12 anak kapal).Terdapat 13 warga negara berbeza membabitkan penumpang dalam pesawat.( link rujukan )


Original di SINI

Check Also

7 perpindahan tertinggi pemain bolasepak dunia

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak. Dunia bolasepak sering dikejutkan dengan perpindahan yang mahal yang …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *