Breaking News
Home » Berita » Pesawat Germanwings Terhempas Di Perancis

Pesawat Germanwings Terhempas Di Perancis

Pesawat Germanwings Terhempas Di Perancis. Sebuah pesawat syarikat penerbangan tambang rendah Germanwings terhempas di selatan Perancis ketika dalam perjalanan dari Barcelona ke Duesseldorf. Pesawat malang itu membawa 142 penumpang, dua juruterbang dan empat krew.

Pesawat penumpang Germanwings itu terhempas di wilayah Alps kemungkinan tiada yang terselamat dalam nahas menurut Presiden Perancis, Francois Hollande.

Dalam perkembangan terbaru, Kementerian Dalam Negeri Perancis mengesahkan lokasi serpihan pesawat Airbus A320 Germanwings yang terhempas terletak di ketinggian 2,000 meter di Banjaran Alps.

Germanwings Crash
Germanwings Crash

Perkembangan terkini akan dikemaskini dari masa ke semasa.

UPDATE
Menteri Muda Pengangkutan Perancis, Alain Vidalies mengesahkan tiada seorang pun yang terselamat dalam nahas pesawat Germanwings di selatan Perancis hari ini.

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *