Breaking News
Home » Berita » Pesawat AirAsia QZ8501 Hilang

Pesawat AirAsia QZ8501 Hilang

Pesawat AirAsia QZ 8501 Hilang Dari Surabaya ke Singapore. Satu kenyataan media yang di petik dari laman sosial AirAsia mengesahkan bahawa pesawat jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC itu hilang perhubungan dengan pusat kawalan trafik pada jam 7.24 28 Disember 2014.

Pesawat AirAsia QZ 8501 Hilang Dari Surabaya ke Singapore
pesawat AirAsia – hiasan

“Operasi mencari dan menyelamat sedang sedang dijalankan dan AirAsia bekerjasama penuh membantu perkhidmatan menyelamat,” – AirAsia

Bagi anggota keluarga boleh menghubungi pusat panggilan kecemasan di talian 622129850801.

pesawat airasia hilang
Petikan dari facebook AirAsia

Sebelum itu media Indonesia melaporkan, Pesawat AirAsia Indonesia QZ 8501 dari Bandara Juanda Surabaya ke Singapura yang membawa 155 penumpang terputus hubungan dari menara kawalan. Pesawat itu yang berlepas pada 5.20 pagi Waktu Indonesia Barat (WIB), dilaporkan hilang di ruang angkasa Pulau Kalimantan. Pesawat itu dijadual tiba di Singapura jam 8.30 pagi.

Laporan dari Agensi Mencari dan Menyelamat Republik Indonesia pula menyatakan mereka menerima laporan bahawa pesawat Airbus dengan nombor pendaftaran PK-AXC itu terputus hubungan pada jam 6.17 pagi (7.17 pagi waktu Malaysia) ketika berada di ruang udara di Teluk Kumai, Kalimantan Tengah.

Sama-sama kita doakan semoga segalanya dipermudahkan.

sumber diolah dari BH Online

Check Also

7 perpindahan tertinggi pemain bolasepak dunia

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak. Dunia bolasepak sering dikejutkan dengan perpindahan yang mahal yang …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *