Home » Berita » Pesan Najib Razak Buat Pengamal Media

Pesan Najib Razak Buat Pengamal Media

Pesan Najib Razak Buat Pengamal Media. Tidak boleh dinafikan pada zaman sekarang media menjadi sumber utama rujukan sesuatu maklumat terkini kerana zaman dunia tanpa sempadan membolehkan berbagai informasi diperolehi hanya dihujung jari. Media meliputi berbagai termasuk media sosial seperti Facebook , twitter dan blog. Apa lagi dengan berbagai jenis applikasi chat memudahkan lagi sebaran maklumat secara berterusan tanpa tapisan.

Ketika majlis Malam Media Perdana 2015 Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak ada mengariskan kriteria penting yang perlu ada pada pengamal media termasuk pengguna laman sosial. Ini perlu untuk memastikan sebaran maklumat adalah tepat.

Perdana Menteri menyarankan kepada pengamal media

– Pengamal media mesti sentiasa bersikap profesional, bertanggungjawab, memberi pandangan dan kritikan yang membina serta konstruktif.

– Pengamal media mesti melaporkan sesuatu isu berdasarkan fakta yang sahih dan tepat, dan bukan berdasarkan andaian dan khabar angin.

– pengamal media perlu mengamalkan media sihat dengan menolak unsur-unsur fitnah, mengadu domba, berbaur perkauman atau menyentuh soal sensitif seperti agama.

– harus mempraktikkan etika media kewartawanan berasaskan nilai murni sejagat dalam menjalankan tanggungjawab dan kewajipan.

Najib Razak
Najib razak

sumber BH Online

 

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *