Breaking News
Home » Uncategorized » Pertembungan Maruah ..Tiba Masanya Ayuh Buktikan

Pertembungan Maruah ..Tiba Masanya Ayuh Buktikan

Senyum kambing
utusan .

Pasukan bawah 23 Malaysia atau harimau muda akan turun di Gelora Bung Karno untuk mengharung 90 minit terakhir dalam misi mempertahankan pingat emas.Bukan hanya 11 pemain yang akan mereka tentang tapi puluhan ribu penyokong fanatik Indonesia yang akan membentuk lautan merah.Mampukah coloreng hitam kuning harimau malaya mengahrung lautan merah.Segalanya akan terjawab dalam pertembungan perlawanan akhir bolasepak sukan sea 2011 pada jam 8.30 malam 21 November 2011.

Namun, kecederaan tiga tonggak, Izzaq Faris Ramlan; sayap kanan, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria dan sayap kiri, Mohd. Fandi Othman sedikit merencatkan persiapan.Izzaq cedera lutut kiri ketika bertemu Myanmar dalam separuh akhir.Penjaring gol kemenangan Malaysia ketika mengalahkan Indonesia, Syahrul Azwari Ibrahim juga belum pasti dapat diturunkan.Ong Kim Swee kini terpaksa mengatur strategi baru dengan harapan disandar kepada A. Thamil Arasu dan Yong Kuong Yong, selain Mohd. Zubir Azmi.Namun itu bukanlah alasan untuk meruntuhkan moral pemain.Rata-rata pemain harimau muda adalah pemain tonggak utama skuad harimau malaya kendalian Rajagopal.Jadi mereka telah terlibat dalam banyak perlawanan besar dalam dan luar negeri.Pengalaman yang ada harus digunakan untuk menyerap segala asakan pemain Indonesia dan provokasi penyokong pasukan lawan.

Ayuh buktikan yang kita tidak gentar dengan ribuan warna merah di Gelora Bung Karno kerana jutaan warna kuning hitam juga bersama pasukan walaupun jauh di Malaysia.Pertembungan maruah..buktikan harimau mampu merobek ego garuda didadaku..huhu..semangat..

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

5 comments

  1. yeaahhh kasi kalah sama indonesia

  2. Go Malaysia go!! goal malaysia goal!! dup dap dup dap dup dap!!!!

  3. seri 1-1 untuk separuh masa pertama…Malaysia masih boleh kalahkan Indognesia!

  4. terbaikk.. kita menang akhirnya ^^

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *