Home » Berita » Perniagaan Tukar Wang Asing Yang Babit Spekulasi Haram

Perniagaan Tukar Wang Asing Yang Babit Spekulasi Haram

Perniagaan Tukar Wang Asing | Perniagaan Tukar Wang Asing Babit Spekulasi Haram – Terkini dari majlis Fatwa Kebangsaan.Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing.Ini kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.Banyak isu yang meragukan mengenai perniagaan pertukaran wang asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu membabitkan penggunaan internet di kalangan individu yang menyebabkan untung rugi tidak menentu.
Namun..Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi yang tidak menentu.Majlis Fatwa Kebangsaan juga mengharuskan umat Islam membuat pelaburan atau membuat simpanan melalui Skim Sijil Simpanan Premium yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN).Keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa berkenaan berpuas hati dengan kaedah pelaksanaannya melalui taklimat yang disampaikan oleh pihak penal syariah Bank Negara setelah skim itu ditukar konsep Islam iaitu Mudharabah.

Jadi kita kena faham dengan apa yang kita buat agar ianya tidak bercanggah dengan syariah Islam.

Disesuaikan untuk siaran dari sumber

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

One comment

  1. Azhafizah[フィザ]

    tukar wang asing untuk pergi melancong je la ^^

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *