Breaking News
Home » Berita » Permohonan TR1Ma ( Teksi Rakyat 1Malaysia ) mulai 2 Julai 2012

Permohonan TR1Ma ( Teksi Rakyat 1Malaysia ) mulai 2 Julai 2012

Permohonan TR1Ma | Teksi Rakyat 1Malaysia | Syarat Dan Cara Memohon TR1Ma – Kepada semua pemandu teksi seluruh Malaysia yang layak boleh membuat permohonan bantuan penukaran tayar di bawah TR1Ma ( Teksi Rakyat 1Malaysia ) mulai 2 Julai 2012. Syarat yang melayakkan pemandu membuat permohonan ialah , pemandu mestilah pemandu pertama kepada teksi yang dipohon.
Permohonan mesti disertakan dengan salinan Kad Pemandu yang sah, MyKad serta lesen memandu dan borang permohonan boleh didapati di pejabat wilayah SPAD atau dimuat turun melalui laman web SPAD di www.spad.gov.my/tr1ma.Pemohon boleh menghadirkan diri ke mana-mana pejabatnya atau pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terpilih untuk menghantar borang permohonan itu.
Bagi pemohon di Lembah Klang, pemohon boleh hadir ke pejabat JPJ di Wangsa Maju, Padang Jawa, Sabak Bernam, Banting dan Bandar Sri Permaisuri.Selain itu boleh juga di hantar ke pejabat utama JPJ lain ialah di Alor Setar di Kedah, Johor Baharu dan Segamat (Johor), Kangar (Perlis), Seberang Perai (Pulau Pinang), Ipoh dan Taiping (Perak), Seremban (Negeri Sembilan), Kota Baharu dan Gua Musang (Kelantan), Melaka Tengah (Melaka) serta Kuantan, Temerloh dan Raub (Pahang).Bagi permohonan melalui pos termasuk dari Sabah dan Sarawak hanya boleh dialamatkan ke pejabat SPAD di Putrajaya.
Pemohon boleh menghubungi SPAD di talian 1800-88-9600 untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.
sumber BH Online

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *