Breaking News
Home » Pendidikan » Permohonan Online Sekolah Berasrama Penuh SBP 2017

Permohonan Online Sekolah Berasrama Penuh SBP 2017

Kepada calon PT3 atau pelajar Tingkatan 3 tahun 2016, anda boleh membuat Permohonan Online Sekolah Berasrama Penuh SBP 2017. Ini adalah kemasukan ke asrama untuk tingkatan 4 pada tahun 2017. Permohonan boleh dibuat secara atas talian di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia.

Permohonan Online Sekolah Berasrama Penuh SBP 2017
Sekolah Berasrama Penuh

Beberapa perkara am yang perlu anda ambil tahu sebelum mengisi borang Permohonan Online Sekolah Berasrama Penuh SBP 2017.
1. Pemohon dikehendaki mengisi semua MAKLUMAT yang diperlukan dengan BETUL dan TEPAT.
2. Kesilapan mengisi borang permohonan adalah tanggungjawab pemohon dan boleh menyebabkan PERMOHONAN TIDAK DIPERTIMBANGKAN.
3. PEMOHON DIKEHENDAKI MENYEMAK semua maklumat yang diisi dengan teliti sebelum MENCETAK.
4. Pengemaskinian boleh dilakukan SEHINGGA TARIKH TUTUP PERMOHONAN.

Lain-lain panduan penuh untuk mengisi borang permohonan boleh rujuk di PANDUAN PERMOHONAN

Anda juga boleh melihat senarai aliran SBP 2017

Permohonan ke Tingkatan 4 SBP boleh dibuat mulai 1 disember sehingga 30 disember 2016 menerusi pautan yang disediakan dibawah.

PERMOHONAN ONLINE KEMASUKAN KE SBP 2017 TINGKATAN 4

Check Also

keputusan piala malaysia 18 julai

Keputusan Piala Malaysia 18 Julai 2017

Keputusan Piala Malaysia 18 Julai 2017. Aksi TM Piala Malaysia kembali dengan 8 perlawanan berlangsung …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *