Permohonan Kemaskini Semakan BR1M 2015 Online

Permohonan ,  Cara Kemaskini , cara membuat semakan BR1M 2015 Online dan BRIM 4.0.

Bantuan Rakyat Satu Malaysia atau BR1M bagi tahun 2015 merupakan kali ke empat ianya dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia. Laman online untuk semakan permohonan , kemaskini pemohon lama serta permohonan baru juga ada disediakan bagi memudahan urusan penerima lama dan pemohon baru.

Menurut info terkini dari laman e-BRIM , segala urusan online untuk permohonan baru , kemaskini maklumat pemohon serta semakan permohonan akan mula dibuka bermula 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014. Jadi jika laman ini telah dibuka sepenuhnya , digalakan semua penerima lama atau pun baru membuat semakan untuk mengelakan permohonan gagal diproses.

( belum berfungsi sepenuhnya, mungkin akan dibuka bermula 1 Disember 2014 )
Pertanyaan tentang BR1M 2015 juga boleh dibuat melalui talian hotline LHDN dan Kementerian Kewangan boleh dibuat melalui nombor telefon dibawah.
Lebih banyak info berkaitan BRIM akan diupdate kemudian mengikut perkembangan semasa berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh LHDN atau Kementerian Kewangan.