Breaking News
Home » Pendidikan » Permohonan Ke IPTA Politeknik Premier Sesi 2015-2016

Permohonan Ke IPTA Politeknik Premier Sesi 2015-2016

Permohonan Ke IPTA Politeknik Premier Sesi 2015-2016
PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA & POLITEKNIK PREMIER SESI AKADEMIK 2015/2016 DAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE POLITEKNIK KONVENSIONAL / METrO, KOLEJ KOMUNITI & INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM (ILKA) BAGI AMBILAN TAHUN 2015.

• Permohonan dibuka mulai 19 Januari 2015 (Isnin) jam 12.00 tengah hari sehingga 06
April 2015 (Isnin) jam 4.00 petang melalui Sistem Kemasukan Atas Talian
ke IPTA/Politeknik Premier/ Politeknik Konvensional / Metro, Kolej Komuniti & ILKA
sahaja.
• Permohonan ke USM dikemukakan terus melalui laman web https://pohon.usm.my
Permohonan ke UM bagi Kemasukan ke Program Pengajian Peringkat Ijazah Pertama
dikemukakan terus melalui laman web MyUM-ID.um.edu.my
• Mulai Sesi 2015/2016 Program Asasi Pengurusan di UUM akan ditawarkan untuk
Lepasan SPM/Setaraf
• Pemohon wajib membeli Nombor Unik ID melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum
mengemukakan permohonan.
• Pemohon perlu menyemak e-Panduan sebelum mengemukakan permohonan untuk
Pemilihan Peringkat Pengajian dan Bidang Pengajian.

PERINGKAT PENGAJIAN IJAZAH PERTAMA

LEPASAN STPM / STAM
Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia yang mempunyai Kad
Pengenalan / MyKad dan Bukan Warganegara Malaysia dan memiliki salah satu kelayakan
seperti berikut:
i) Lulusan STPM Tahun 2014 sahaja; atau
ii) Lulusan STAM Tahun 2014 atau 2013 sahaja.

LEPASAN DIPLOMA SETARAF
Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang
mempunyai Kad Pengenalan / MyKad dan memiliki salah satu kelayakan seperti berikut:
i) Lulusan Diploma dari IPTA/Politeknik/IPTS; atau
ii) Lulusan STP/HSC/STPM Tahun 2013 atau sebelumnya; atau
iii) Lulusan Matrikulasi Tahun 2013 atau sebelumnya; atau
iv) Lulusan STAM tahun 2012 atau sebelumnya; atau
v) Lulusan Pra U MSN-KPM Sekolah Sukan Malaysia; atau
vi) Lain-lain kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan
diluluskan oleh Senat; atau

Nota : Pemohon Bukan Warganegara Malaysia boleh memohon terus ke IPTA pilihan dengan
mengisi borang permohonan yang disediakan oleh IPTA berkenaan. (Rujuk Bahagian
Akademik IPTA untuk maklumat lanjut)

PERINGKAT DIPLOMA / PERSEDIAAN

LEPASAN SPM/SETARAF
• Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia yang mempunyai Kad
Pengenalan / MyKad serta memiliki salah satu kelayakan seperti berikut:
Kategori A : Pemohon Lepasan SPM tahun 2014 ;
Kategori B : Pemohon Lepasan SPM tahun 2012 atau SPM tahun 2013 ;
Kategori C : Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2011. atau
sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh Senat IPTA dan
Politeknik Malaysia.
Kategori D : SPM 2012 dengan sijil ulangan SPM 2014; atau
SPM 2013 dengan sijil ulangan SPM 2014; dan
SPM 2012 dengan sijil ulangan SPM 2013.

PEMBELIAN NOMBOR UNIK ID MELALUI BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)

Permohonan Kemasukan IPTA 2015-2016
Permohonan Kemasukan IPTA

Nota: Sila simpan slip pembayaran untuk rujukan dan sebagai bukti sah pembelian

Maklumat lanjut permohonan – sila layari Laman Web Rasmi Kemasukan
Sebarang pertanyaan, sila hubungi alamat dan talian seperti berikut :

PENGARAH
BAHAGIAN PENGURUSAN KEMASUKAN PELAJAR
JABATAN PENDIDIKAN TINGGI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4, NO.2, MENARA 2, JALAN P5/6, PRESINT 5
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62200 PUTRAJAYA

No. Tel : 03-8870 6755 /6777 No. Faks : 03-8870 6864 e-mel : upu@moe.gov.my

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
• Tarikh tutup permohonan bagi Lepasan STPM / Setaraf dan SPM / Setaraf ialah pada 06
April 2015 (sebelum jam 4.00 petang)

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *