Breaking News
Home » Info Sukan » Perlawanan Piala Malaysia 2015 JDT Ditunda

Perlawanan Piala Malaysia 2015 JDT Ditunda

Jadual Perlawanan Piala Malaysia 2015 JDT Ditunda. Persatuan Bolasepak Malaysia ( FAM ) meminda tarikh perlawanan Piala Malaysia yang membabitkan Johor Darul Takzim JDT berikutan pasukan itu layak ke peringkat separuh akhir Piala AFC.

TM Piala Malaysia 2015
Jadual TM Piala Malaysia 2015

Perlawanan yang ditunda adalah membabitkan perlawanan peringkat kumpulan JDT vs Sarawak pada 26 September ditunda pada 24 Oktober 2015.  Perlawanan lain adalah pertemuan Perak dan JDT di Stadium Perak, Ipoh pada 3 Oktober, dipinda kepada 4 Oktober.

Selain dua perlawanan yang membabitkan Harimau Selatan, satu lagi perlawanan adalah  dalam Kumpulan D antara PDRM dan PKNS di Stadium Shah Alam pada Sabtu 26 September dipinda ke 28 September. Ini adalah disebabkan oleh Selangor akan menggunakan stadium berkenaan untuk aksi Kumpulan C menentang Felda United.

Check Also

Siaran langsung Piala Malaysia 18 Julai 2017

Jadual Siaran Langsung Piala Malaysia 18 Julai 2017

Siaran Langsung Piala Malaysia 18 Julai 2017. Sainga TM Piala Malaysia kembali lagi dengan lapan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *