Breaking News
Home » Info Sukan » Perlawanan Malaysia vs Arab Saudi Dihentikan

Perlawanan Malaysia vs Arab Saudi Dihentikan

Perlawanan Malaysia vs Arab Saudi Dihentikan. Perlawanan kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia yang membabitkan Malaysia dan Arab Saudi dihentikan pada minit 88 akibat kejadian membaling suar kedalam padang oleh penonton. Kejadian yang tidak terkawal ini menyebabkan pengadil terpaksa menghentikan perlawanan.

Ketika perlawanan dihentikan, Arab Saudi sedang mendahuhui 2-1. Apa yang dapat disaksikan adalah kawasan padang yang dipenuhi asap tebal, manakala beberapa dentuman mercun kedengaran beberapa kali dan dapat dilihat melintasi ruang udara stadium.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang turut berada di Stadium Shah Alam melahirkan rasa kesal akan kejadian ini. KJ menyifatkan ia sebagai perbuatan yang memalukan negara dan kegagalan pihak stadium mengawal keadaan.

“Saya ada di Stadium SA malam ini. Melihat sendiri insiden yang memalukan. Baling suar salah. Kawalan stadium gagal,”- Twitter KJ

MALAYSIA VS ARAB SAUDI

sumber dan gambar BH Online

 

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *