Home » Info Sukan » Perlawanan Liga Super Kelantan vs Lions XII Tunda

Perlawanan Liga Super Kelantan vs Lions XII Tunda

Perlawanan Liga Super Kelantan vs Lions XII Tunda. Perlawanan Liga Super 2015 yang membabitkan pasukan kelantan dan Lions Xii di Stadium Sultan Muhammad IV hari ini ditunda pada esok 15 Februari 2015. Penundaan tarikh perlawanan ini dinyatakan oleh Tan Sri Annuar Musa, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Menurut Presiden KAFA itu , perlawanan itu ditunda bagi memberi penghormatan terakhir kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia. FAM juga telah memberi persetujuan tarikh baharu itu.

Pihak KAFA juga bersetuju menanggung segala perbelanjaan atau kos yang membabitkan pihak lain terutama pasukan pelawat akibat dari penundaan perlawanan ini.

“Saya memohon maaf atas segala kesulitan demi menghormati kembalinya ke rahmatullah Tok Guru Nik Abdul Aziz bekas Menteri Besar Kelantan, semoga perlawanan pada 15 Februari ini berjalan lancar,”- Tan Sri Annuar Musa

Persatuan Bolasepak Kelantan
Persatuan Bolasepak Kelantan

Check Also

keputusan Liga Super 20.9.17

Keputusan Liga Super 20 September 2017

Keputusan Liga Super 20 September 2017. Enam perlawanan berlangsung dengan perebutan kedudukan kedua Liga Super …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *