Breaking News
Home » Berita » Perkembangan Banjir Di Pantai Timur

Perkembangan Banjir Di Pantai Timur

Banjir di Kelantan Terengganu Pahang
Banjir Pantai Timur – sekadar hiasan

Perkembangan Banjir Di Pantai Timur. Tiga negeri di pantai timur Malaysia Kelantan , Terengganu dan Pahang sedang dilanda banjir. Di sini MySensasi akan memberi perkembangan terkini keadaan banjir dari laporan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan media akhbar arus perdana.

Perkembangan banjir 23 Disember 2014

Di Kelantan jumlah mangsa di lapan jajahan meningkat daripada 16,081 mangsa malam tadi kepada 20,468 orang pagi ini dengan jumlah pusat pemindahan bertambah daripada 60 buah kepada 70 buah, menurut portal banjir kerajaan negeri. Peningkatan mangsa banjir adalah berikutan hujan lebat yang berterusan semalam di jajahan Gua Musang yang menyebabkan paras air sungai meningkat dan membanjiri termasuk di bandar Gua Musang.

Di Pasir Mas, jumlah mangsa sedikit menurun iaitu seramai 10,565 orang berbanding 10,575 orang malam tadi yang kini ditempatkan di 31 buah pusat, dan di Tumpat, jumlah mangsa terus kekal 3,956 orang yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan.

Jumlah mangsa yang dipindahkan di Kuala Krai meningkat kepada 1,328 orang berbanding 495 orang yang ditempatkan di 14 pusat, di Pasir Puteh (556 orang/empat pusat pemindahan), Tanah Merah (141 orang/dua pusat pemindahan), Machang (19 orang/satu pusat pemindahan) dan Jeli, (211/satu pusat pemindahan).

Di Terengganu, jumlah mangsa bertambah kepada 6,003 orang berbanding 5,981 orang malam tadi berikutan kawasan rendah dinaiki air laut pasang dan air sungai yang melimpah akibat hujan lebat di hulu sungai.

Portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu melaporkan, Dungun masih mencatat mangsa tertinggi iaitu 2,174 orang, diikuti Kemaman (1,877), Kuala Terengganu (1,081), Hulu Terengganu (585), Besut (186), Marang (102) dan Setiu (22).

Di Pahang, mangsa bertambah kepada 2,386 orang daripada 560 keluarga di lima daerah termasuk empat daerah yang baharu terjejas.

[ UPDATE 11.00 AM – sumber Bernama ]

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

2 comments

  1. ujung taon ni hujan je.. kat shah alam pulak terik je..hujan pun sikit je.. 🙁

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *