Breaking News
Home » Agama » Perkara Yang Sia-Sia

Perkara Yang Sia-Sia

Perkara Yang Sia-Sia. Sekadar berkongsi buat ingatan diri sendiri perkara yang boleh kita katakan sebagai perkara sia-sia yang sering kita buat dalam sedar atau tidak sedar. Semoga memberi manfaat .

Rasulullah melarang melakukan perkara sia-sia dan tidak pernah melakukan sesuatu yang melampaui batas. Perkara ini ada dijelaskan dalam hadis:

“Ketika Mu’awiyah berkunjung ke Kufah, maka Abdullah bin Amr bercerita mengenai Rasulullah katanya Rasulullah tidak pernah melampaui batas dan tidak pernah melakukan perkara keji. Beliau juga berkata: Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya orang yang paling baik antara kamu adalah orang yang paling baik budi pekertinya.” (Hadis riwayat al-Bukhari).

perkara yang sia-sia

Berdoa untuk dirinya sendiri, tetapi tidak memohon doa untuk ibu bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

Orang yang sering membaca Al-Quran, tetapi tidak membaca secara tertib hingga 100 ayat setiap hari.

Masuk ke dalam masjid, kemudian dia keluar kembali dari masjid tanpa mengerjakan Solat Tahiyatul Masjid.

Lelaki yang masuk pada Jumaat ke satu kota, kemudian dia keluar dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjemaah.

Melalui tanah perkuburan, tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah mereka

Tinggal dalam suatu lingkungan dengan seorang ulama, tetapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.

Bersahabat, tetapi mereka tidak saling menanyakan keadaan masing-masing dan keluarganya.

Mengundang seseorang menjadi tetamunya, tetapi tidak dipedulikan atau dilayani tetamunya itu.

Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedangkan dia sendiri makan kekenyangan di rumahnya.

Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu berharga untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *