Breaking News
Home » Berita » Perhimpunan #KitaLawan Tiada kebenaran Polis

Perhimpunan #KitaLawan Tiada kebenaran Polis

Perhimpunan #KitaLawan Tiada kebenaran Polis. Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah yang dipetik dari BH Online menyatakan mereka tidak mengeluarkan sebarang kebenaran untuk penganjur #KitaLawan membuat perhimpunan yang dijadualkan di pusat beli belah SOGO pada 28 Februari dan 7 Mac 2015.

Pihak Polis telah membuat pertemuan dengan pihak penganjur diketuai Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad. Mereka telah diberitahu bahawa pihak polis tidak akan memberi kebenaran untuk perhimpunan itu berlangsung di lokasi yang dinyatakan.

Pihak Polis telah mencadangkan beberapa kawasan kepada penganjur untuk mengadakan perhimpunan dan bersedia membantu bagi memudahkan urusan mereka. Tujuan Himpunan #KitaLawan yang dianjurkan pembangkang diadakan antara lain bertujuan menuntut supaya ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dihukum penjara lima tahun berkaitan kes liwatnya dibebaskan.

sumber BH Online

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *