Home » Berita » Perhimpunan 1 Mei Dataran Merdeka

Perhimpunan 1 Mei Dataran Merdeka

Perhimpunan 1 Mei Dataran Merdeka | Bantah GST – Macam macam pula nama perhimpunan sekarang. Dari perhimpunan sekolah sampailah ke perhimpunan parti-parti politik. Sekarang banyak pula perhimpunan bantah sana,bantah sini. Aku tak mahu ambil tahu sangat pasal hal hal himpunan ini, sebab malas nak campur.
Tapi apa yang pasti esok , jalanraya sesak. Sana sangkut , sini sangkut. Jadi dah tambah satu lagi perhimpunan dengan secara tak rasminya, perhimpunan kereta atas jalanraya ala ala autoshow. Jadi kepada penganjur tak kiralah korang ni geng mana pun, pastikanlah keselesaan orang lain. Jangan fikir hal sendiri je kan. 

Petikan Akhbar

Orang ramai yang ingin berkunjung ke ibu negara esok, dinasihatkan agar merancang perjalanan bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan berikutan Perhimpunan 1Mei yang akan berlangsung di Dataran Merdeka. Perhimpunan 1Mei atau Bantah GST anjuran pakatan pembangkang itu dijangka berlangsung dari jam 2 petang hingga 5 petang. 

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *