Breaking News
Home » Info Sukan » Perancis vs Jerman Suku Akhir Piala Dunia 2014 Preview

Perancis vs Jerman Suku Akhir Piala Dunia 2014 Preview

Preview Perancis vs Jerman , Prediksi Prancis vs Jerman , France vs Germany Piala Dunia World Cup 2014 Suku Akhir – Pertemuan dua kuasa bolasepak eropah dalam saingan suku akhir Piala Dunia 2014. Salah satu pasukan bakal tersingkir dalam perlawanan yang dijangka sengit dengan pemenang bakal berdepan pemenang Brazil vs Colombia. Pertemuan Perancis vs Jerman akan berlangsung di Maracana Stadium Rio de Jeneiro. 
Perancis menunjukan peningkatan dibawah kendalian Didier Deschamps sejak 2010 manakala Jerman bermain di bawah tahap sebenar di Piala Dunia 2014 ini. Mungkin cuaca banyak mengganggu persembahan pasukan benua eropah. Di kem pasukan Jerman juga menghadapi beberapa masalah dimana beberapa pemain utama menghadapi masalah selsema menjelang pertemuan penting ini. 
Jerman bermula dengan baik ketika perlawanan pembukaan peringkat kumpulan apabila menewaskan Portugal 4-0 , namun perlawanan kedua mereka gagal mempamerkan aksi sebenar apabila sekadar seri 2-2 menentang Ghana dan sekadar mampu menang tipis 1-0 keatas USA dalam perlawanan terakhir. Dalam peringkat pusingan kedua , Jerman memerlukan masa tambahan untuk menjinakan Algeria 2-1. Ramai pihak mempertikaikan kemampuan dan barisan pilihan Joachim Loew. 
Bagi Perancis pula , mereka menunjukan peningkatan yang ketara dalam saingan Piala Dunia kali ini berbanding ketika Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Karim Benzema mampu menjadi duri dalam daging kepada pasukan Jerman andai pemain in berada dalam tahap sebenar. 
Perlawanan hari ini , bakal menguji ketahanan dua pasukan ini dalam cuaca panas Brazil dan barisan yang bakal dipertaruhkan. Dari segi persembahan semasa , kedua-dua pasukan mempunyai kemampuan untuk menang.  LIVE STREAMING FRANCE vs GERMANY 
FRANCE vs GERMANY

Check Also

7 perpindahan tertinggi pemain bolasepak dunia

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak. Dunia bolasepak sering dikejutkan dengan perpindahan yang mahal yang …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *