Breaking News
Home » Berita » Perak , Selangor Dan Pulau Pinang Turut Umum Bonus Penjawat Awam 2012

Perak , Selangor Dan Pulau Pinang Turut Umum Bonus Penjawat Awam 2012

Kerajaan Negeri Umum Bonus Hari Raya | Bonus Penjawat Awam 2012 – Selepas Kerajaan Pusat mengumumkan bonus untuk penjawat awam, beberapa kerajaan negeri turut mengumumkan bonus kepada kakitangan awam di bawah negeri masing-masing. Antara negeri yang telah mengumumkan bonus untuk penjawat awam adalah Perak , Selangor dan Pulau Pinang.

Kerajaan Perak akan membayar bonus Hari Raya setengah bulan gaji kepada kira-kira 7,800 penjawat awam di negeri itu. Kerajaan negeri Selangor pula mengumumkan akan membayar bonus setengah bulan gaji atau sekurang-kurangnya RM500 kepada semua kakitangan awam Selangor  bagi membuat persiapan menyambut Aidilfitri. Turut diumumkan bonus tambahan dalam bentuk  Simpanan Selangorku sebanyak RM200 kepada setiap kakitangan awam. Kerajaan Pulau Pinang pula mengumumkan akan memberi bonus setengah bulan atau minimum RM600 kepada pegawai perkhidmatan awamnya pada 9 Ogos ini.

Hingga hari ini cuma tiga negeri itu yang telah mengumumkan bonus penjawat awam atau bonus raya kerana menjelang sambutan aidilfiri. Mungkin akan ada lagi pengumuman dari lain-lain kerajaan negeri selepas ini. Tunggu dan lihat sahaja.


sumber rujukan BH Online dan Sinar Harian

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *