Breaking News
Home » Berita » Penyanyi Ismail Haron Meninggal Dunia

Penyanyi Ismail Haron Meninggal Dunia

Ismail Haron Meninggal Dunia – Penyanyi Singapura yang popular di negara ini sekitar tahun 70-an, Ismail Haron, 66, meninggal dalam tidur di kediaman kakaknya, Hamidah di Jurong West, kira-kira jam 2 petang tadi.Ismail yang masih solo mula memancing perhatian peminat muzik sejak akhir 1960-an dengan beberapa dendangan popular termasuk Ilham Pujangga selain menjadi rakan duet Anita Sarawak membawakan lagu versi saduran seperti La Au Be dan Mustafa.
Pengurusnya, Maria Sata ketika mengesahkannya berkata, kali terakhir Ismail mengadakan persembahan di Singapura pada 2011 manakala di Malaysia pula kunjungan terakhir kira-kira dua tahun lalu ketika diundang menjayakan Konsert DiRaja di Kuala Perlis.Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pusara Abadi, Jurong, Singapura.

-BH Online-

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *