Breaking News
Home » Berita » Penipuan Yang Kantoi

Penipuan Yang Kantoi

Penipuan Yang Kantoi. Ibarat pepatah, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Begitulah yang dialami oleh seorang remaja berumur 17 tahun. Remaja itu ditahan atas kesalahan membuat laporan palsu yang kononnya menjumpai seorang bayi yang dibuang.

Kejadian yang berlaku di Pasir Puteh itu melibatkan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan kerana membuat laporan palsu mengenai kes buang bayi. Bayi lelaki yang masih bertali pusat itu kononnya dijumpai di kawasan perkelahan Jeram Pasu. Namun hasil siasatan awal Polis mendapati bayi itu hasil hubungan intim remaja lelaki terbabit dengan kekasihnya yang berusia 15 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Abd Rozak Muhammad Suspek membawa bayi itu ke rumahnya di Kok Lanas dan memberitahu ibunya bahawa bayi itu dijumpai di Jeram Pasu. Di atas desakan ibu, suspek membuat laporan polis di Balai Polis Ketereh.

Kes Buang Bayi

sumber SinarHarian

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *